Lima individu dikompaun RM4,000 setiap seorang kerana menganjurkan majlis menyambut kelahiran cucu di sebuah rumah di Bedong, Sungai Petani semalam.<br />Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pasukan pemantau COVID-19 Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda menyerbu rumah tersebut selepas menerima maklumat daripada orang awam.